Butik KamarKaleez

Selamat datang ke KamarKaleez dimana segala impian anda menjadi kenyataan. Kamar mengalukan pengunjung baru ke blog kami di samping menghargai pengunjung lama.
Kamar berharap blog ini akan memberi inspirasi kepada pengunjung dengan segala kelengkapan kamar yang penuh dengan kecintaan, kasih sayang serta memberi peranan dalam menghiasi, mencipta ruang kediaman seperti yang diimpikan.

Di sini impian anda terserlah. Kediaman anda, dimana segala cerita bermula.

Monday, November 30, 2009

Pengalaman yang tak dapat dilupakan....











Salam buat semua pembaca blog ena, hari ini (1 Dis) mengingatkan ena sekeluarga, setahun yg lalu, bagaimana ena sekeluarga seramai 15 orang , baru dapat keluar dari negara jiran Thailand, setelah terperangkap di negara itu lebih kurang lapan hari  lamanya. Negara itu yang hura hara dengan pengulingan kerajaan Perdana Menteri THAKSIN & rusuhan rusuhan di terminal lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok dan juga terminal lapangan terbang Chiang Mai. Kami yang baru masuk hari ketiga, terperangkap di Chiangmai tidak dapat meneruskan perjalanan ke Bangkok & Pattaya setelah lapangan terbang Suwarnabumi di tutup. Semua perjalanan menaiki pesawat keluar masuk ke Bangkok dibatalkan. Kami mula mula ingin menaiki pesawat di lapangan tentera udara U-Tapao dekat Pattaya tapi kami batalkan pada saat akhir. Kami semua tidak dapat menaiki pesawat utk pulang ke Malaysia, jadi malam itu kami menaiki bas dari Chiangmai ke Bangkok yang mengambil masa lebih kurang 12 jam lamanya. Kami sampai di Bangkok keesokan pagi , dimana serata bandar itu di penuhi dengan tentera, polis, kereta kebal & ......
Dalam beberapa jam yang tidak menentu itu, & tidak tahu apa hendak dilakukan seterusnya(sebab kami pertama kali datang ke bangkok) kami menghubungi travel agent Bangkok dan Kedutaan Malaysia. Travel agent kami walaupun hari ahad, datang dengan van membawa kami ke kedutaan Malaysia. Di kedutaan, kami di aturkan menaiki bas untuk pulang ke Malaysia menggunakan wang kami sendiri.
Selamat sampai ke Malaysia, terharu rasanya bila sampai di tanah air sendiri. Di  pintu masuk Bukit Kayu Hitam, selepas checkpoint, kami menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur  dan selamat sampai  kira kira pkl 3.30 ptg.
Ini adalah pengalaman ena yang tak dapat di lupakan dan bersyukur segala-galanya selamat walaupun tidak puas berjalan ke destinasi yang lain(Bangkok & Pattaya) . Pejalanan dari Chiang Mai ke Kuala Lumpur..., yang berpuluh puluh jam lamanya, naik kematu punggung ni, & hampir dua hari kami tak mandi. Ini adalah ringkasan pengalaman ena di Thailand. 

No comments:

Post a Comment